Biodata SAIYIDINA UMAR AL-
KHATAB ra.
Nama sebenar : Umar bin Al-
Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza
bin Ribaah bin Abdillah bin Qarth
bin Razaah bin 'Adi bin Kaab
Nama Ibu : Hantamah bte Hasyim
bin Al-Mughirah bin Abdillah bin
Umar bin Makhzum.
Gelaran : Al-Faruq
Keturunan : Arab Quraisy (Kabilah
Bani Adi)
Tarikh lahir : 13 tahun selepas
berlakunya peristiwa Abrahah
(menurut Imam Nawawi)
Jawatan : Khalifah Ar-Rasyidin
Kedua
Tarikh Lantikan : 634M
Tempoh Jawatan : 10 tahun
Tarikh M/Dunia : 23H @ 644M
Umur : 63 tahun
Semasa sebelum memeluk Islam,
beliau merupakan duta bagi
kaumnya terutama untuk
mengadakan perundingan
antara kabilah yang bermusuhan.
Beliau merupakan mertua
Rasulullah SAW apabila Rasulullah
bernikah dengan anaknya,
Hafsah bte Umar. Beliau salah
seorang yang dijamin Syurga
oleh Rasulullah SAW.
Sifat Peribadi Umar al-Khattab
Ubaidullah bin Umar
menceritakan bahawa suatu hari
para sahabat melihat Umar
memikul tempat air di bahunya.
Lalu mereka bertanya : "Wahai
Amirul Mukminin ! Mengapa tuan
sendiri yang memikul air ini ?"
Jawab Umar al-Khattab : "Saya
merasakan bahawa diri saya
telah takbur, lalu saya
mengangkat air ini untuk
menundukkannya"
Kata Aslam beberapa orang
berbicara dengan Abdul Rahman
bin Auf. Kata mereka : "Umar al-
Khattab telah menimbulkan rasa
takut kami sehingga mata kami
tidak berani bertentangan mata
dengannya". Hal ini diadukan
oleh Abdul Rahman bin Auf. Lalu
Umar al-Khattab berkata :
"Benarkah mereka berkata
demikian ?" "Demi Allah, saya
telah cuba melunakkannya,
sehingga lantaran lunak saya itu
saya takut dimarahi Allah. Saya
cuba pula dengan sikap keras
sehingga saya takut Allah marah
kepada saya. Bagaimanakah
lagi ? Bagaimana nasib saya yang
berbeza dengan mereka ?"
Diriwayatkan oleh Umar bin
Murrah bahawa seorang lelaki
bertemu dengan Umar al-Khattab
dan berkata : "Bersikap lunaklah
kepada kami, sebab kami amat
gentar melihatmu !" Umar
menjawab : "Adakah saya
berbuat sesuatu yang zalim ? "
Jawab lelaki itu : "Tidak" Kata
Umar lagi : "Kalau begitu, biarlah
Allah menambah rasa takut
dalam hatimu terhadapku"
Menurut Barrak bin Makrur :
"Pada suatu hari Umar al-Khattab
naik ke mimbar untuk memberi
tazkirah, tiba-tiba dia merasa
sakit. Menurut para jamaah,
ubatnya adalah madu lebah dan
di Baitulmal banyak tersimpan
madu lebah" Kata beliau : "Kalau
tuan-tuan izinkan, saya akan
gunakannya, tetapi kalau tidak
diizinkan haram ke atas saya
mengambilnya.
Keislaman Saidina Umar
Beliau memeluk Islam pada
tahun ke 6 kenabian ketika
berumur 27 tahun.
Tindakannnya ini
mengemparkan masyarakat
Quraisy dan memberi berita
gembira kepada umat Islam
bahawa Islam akan menjadi kuat.
Rasulullah SAW pernah berdoa ;
"Ya Allah kuatkan Islam dengan
Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b.
Hisyam" Hadtih riwayat At-
Thabarani
Dalam sebuah hadith lain yang
diriwayatkan oleh At-Thabarani
bahawa Rasulullah SAW juga
pernah berdoa : "Ya Allah
kuatkan Islam dengan Umar Al-
Khatab"
Sebuah hadith dari Ibnu Abbas
yang diriwayatkan oleh Ibnu
Majah bahawa Rasulullah SAW
berkata : "Apabila Umar memeluk
Islam, Jibrilpun datang dan
berkata : "Ya Muhammad,
sesungguhnya seluruh makhluk
langit bergembira dengan
islamnya Umar"
Setelah memeluk Islam,
Rasulullah SAW telah
mengelarnya sebagai Al-Faruq
kerana dapat membezakan di
antara perkara yang benar dan
bathil. Ketika ditanya oleh para
sahabat bagaimana dia
mendapat gelaran tersebut,
Saidina Umar menjawab : "Pada
suatu hari, Aku bertanya kepada
Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah
SAW, adakah kita dalam
kebenaran ?"
Jawab Rasulullah SAW : "Benar"
Aku berkata lagi : "Kenapakah
kita beribadah secara
sembunyi ?"
Kemudian kami masuk ke Masjidil
Haram membuat dua syaf, satu
saya dan satu lagi Saidina
Hamzah (berjemaah). Maka
semua orang KAFFIR Quraisy
melihat ke arah kami berdua
dengan perasaan yang sangat
marah yang tidak pernah mereka
terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah
SAW mengelarkan aku Al-Faruq !
Dengan islamnya Umar, maka
umat Islam yang sebelum itu
sentiasa ketakutan menjadi kuat.
Mereka telah berani solat secara
terang-terangan di BaitulLah
khususnya setelah peristiwa di
atas. Di samping itu juga, orang
Quraisy juga tidak berani
menganggu orang Islam yang
sedang beribadah kerana takut
kepada Umar.
Keberanian Umar
Peristiwa yang menarik
perhatian kafir Quraisy Makkah
ialah apabila Saidina Umar Al-
Khattab mengambil langkah
untuk berhijrah secara terang-
terangan, berbeza dengan
pendirian para sahabat yang lain
yang terpaksa berhijrah secara
rahsia.
Umar Al-Khattab terkenal sebagai
seorang yang berani semasa
kafir dan bertambah berani
sesudah beriman. Pada detik-
detik terakhir sebelum
meninggalkan kota Makkah
untuk berhijrah ke Madinah,
Saidina Ali r.a. yang menyaksikan
peristiwa tersebut,
meriwayatkan: Setelah saidina
Umar membuat keputusan untuk
berhijrah, beliau mengambil
sebilah pedang disandang di sisi
pinggangnya, kemudian
dicapainya busar panah lalu
disangkut dibahunya, sebatang
anak panah tergenggam
ditangannya dan melangkahkan
kaki menuju ke Kaa'bah. Ketika
itu tokoh-tokoh Quraisy sedang
bersantai di sisi Ka'abah
menyaksikan kehadiran Umar.
Saidina Umar melakukan tawaf
tujuh kali dengan penuh
semangat tetapi tenang, tanpa
menghiraukan tokoh-tokoh kafir
Quraisy yang memerhatikannya.
Sebaik selesai melakukan tawaf,
beliau menuju ke Maqam Ibrahim
dan mendirikan solat.
Selesai solat, Umar berdiri di sisi
Maqam Ibrahim sambil
mengeluarkan kata-kata yang
keras dan pedas terhadap puak
kuffar Quraisy. kata Umar:
"Sesungguhnya Allah SWT tidak
akan membinasakan wajah
manusia di dunia ini, kecuali
wajah puak-puak jahannam yang
memusuhi agama Allah."
Kata Umar lagi: "Barangsiapa
yang sanggup menjadikan
ibunya keseorangan disebabkan
kematian anak, meletakkan anak-
anak mereka menjadi yatim piatu
lantaran kematian bapa, sanggup
menjadikan isteri kesayangannya
menjadi balu kerana kematian
suami, marilah kita adu senjata di
sebalik bukit ini."
Cabaran Saidina Umar terhadap
tokoh-tokoh Quraisy yang
menyaksikan kehadiran Umar
dengan pedang terhunus itu,
ternyata menimbulkan kesan
gerun di dalam hati mereka.
Pertama kali mereka mendengar
cabaran yang begitu hebat dari
Umar, mereka terpegun tanpa
seorangpun yang berani
menyahut cabaran Umar
berlawan senjata.
Dari sudut psikologi, cara Umar
mencabar puak Quraisy dengan
gaya seorang pahlawan yang
bersedia untuk mati, menjadikan
puak Quraisy lemah semangat.
Mereka membisu tanpa reaksi,
sekalipun Umar mengutuk
mereka sebagai puak yang bakal
dibinasakan Allah SWT. Dalam
keadaan puak Quraisy lemah
semangat, Umar mengajaknya
adu senjata.
Saidina Ali r.a. yang turut
mendengar kata-kata Umar itu
berkata: Sesudah itu Umar
melangkahkan kaki
meninggalkan kota Makkah
dengan tenang, tanpa dijejaki
oleh puak-puak Quraisy.
Bagaimanapun peristiwa itu
memberi seribu rahmat kepada
kaum muslimin yang letih lesu,
dari kalangan orang-orang tua,
orang-orang sakit yang tidak
terdaya meninggalkan kota
Makkah tanpa teman. Mereka
semua mengambil peluang untuk
berhijrah ke Madinah bersama
Umar Al-Khattab, dengan aman
tanpa sebarang gangguan.
Berikutan dari peristiwa itu,
maka kaum muslimin Makkah
telah menyahut seruan hijrah.
Sehingga tiada lagi para
penyokong Nabi s.a.w. yang
tinggal di Makkah, kecuali Nabi
s.a.w., Saidina Abu Bakar As-
Siddiq. Saidina Ali bin Abi Talib,
selain itu orang-orang yang sakit,
mereka yang tidak kenderaan
dan keupayaan berhijrah dan
mereka yang dikenakan tahanan
oleh pihak Quraisy, akibat
tindakan mereka menyahut
seruan Islam
Hadith tentang Umar
1. Semasa tidur, aku bermimpi
bahawa aku berada dalam
Syurga. aku lihat seorang
perempuan sedang berwudhuk
dekat sebuah istana. Aku
bertanya untuk siapa istana ini.
Katanya : Untuk Umar" Hadith
riwayat Shiekhaini (Bukhari dan
Muslim)
2. Sesungguhnya Allah
menjadikan lidah dan hati Umar
itu di atas kebenaran. Hadith
riwayat At-Turmizi
3. Sekiranya selepas aku ada
nabi, sudah pasti Umarlah
orangnya. Hadith riwayat At-
Turmizi
4. Sesungguhnya aku lihat
syaitan-syaitan dari kalangan jin
dan manusia lari lintang pukang
dari Umar. Hadith riwayat At-
Turmizi
5. Umar cahaya bagi penduduk
Syurga.
6. Semua malaikat di langit
menyayangi Umar dan semua
syaitan di dunia melarikan diri
dari Umar
7. Sesungguhnya ada seseorang
di kalangan umat sebelum kamu
yang menjadi sebutan ramai
(kerana kebaikannya), jika
perkara ini terjadi dalam umat
Islam, sudah tentu Umarlah
orangnya. Hadith riwayat
Bukhari.
8. Tidak ada sesuatu perkara
yang diperkatakan oleh orang
ramai dan kemudian
diperkatakan oleh Umar, nescaya
turunlah al-Quran sebagaimana
yang dilafazkan oleh mulut Umar.
(Kata-kata Abdullah bin Umar)
Umar Sebagai Orang Yang
Pertama
1. Pertama digelar Amirul
Mukminin
2. Pertama menggunakan Hijrah
sebagai kalendar Islam
3. Pertama mengenakan pukulan
80 kali ke atas peminum arak
4. Pertama mengharamkan nikah
mut'ah
5. Pertama mewajibkan zakat ke
atas kuda
6. Pertama menubuhkan jabatan-
jabatan
7. Pertama sunatkan Qiyyam
Ramadhan
8. Pertama mengarahkan solat
Jenazah berjemaah dengan 4
takbir
9. Pertama memperkenalkan
Al-'Aul dalam masalah Faraid
(harta pusaka)
Umar Dan Al-Quran
Saidina Umar Al-Khattab
mempunyai pemikiran yang
sangat hebat. Beberapa
pendapatnya merupakan sebab
turunnya al-Quran. Di antara
ayat-ayat al-Quran yang
diturunkan sempena pendapat
beliau ialah :
1) Kisah tawanan Badar - ayat 28
Surah Al-Anfal
2) Ayat Menjadikan Maqam
Ibrahim sebagai tempat solat -
Ayat 125 Surah Al-Baqarah
3) Ayat Hijab - Ayat 53 Surah Al-
Ahzab
4) Ayat tentang asal-usul
kejadian manusia - Ayat 12 Surah
Al-Mukminun
>5) Ayat tentang arak - Ayat 219
Surah Al-Baqarah dan Ayat 43
Surah An-Nisa'
6) Ayat Larangan Mensolati
Jenazah Orang Munafiq - Ayat 84
Surah At-Taubah
7) Kisah orang Munafiq - Ayat 6
Surah Al-Munafiqun
8) Ayat 5 Surah Al-Anfal
9) Ayat 16 Surah An-Nur
10) Ayat tentang penghalalan
jima' di malam bulan Ramadhan -
Ayat 187 Surah Al-Baqarah
11) Ayat 97 Surah Al-Baqarah
12) Ayat 65 Surah An-Nisa'
13) ayat 13 Surah Al-Waqiah